Cawan kopi yg sensitif panas

Friday, December 31, 2010

Perhatikan perubahan gambar pada cawan.
Sebelum dan selepas letak air panas.
Siap boleh on off lagi.
Smart tu.

Share/Bookmark

Lawak pecah perut


Share/Bookmark

Kipas Alaf Baru!! Tiada bilah kipas (No Blades)!!

Cuma ada lubang macam serombong kapal. Kemudian bila on, akan keluar angin macam air cond.



Share/Bookmark

Tongkat 1.000.000 volt yg anti peragut

Siapa tahu apa itu peragut, siapakah mangsa mereka? 

Yang menjadi mangsa biasanya kaum lemah, orang tua termasuk mereka yang memerlukan tongkat untuk membantunya berjalan.

Tapi kini tidak lagi dgn alat ini yang bukan hanya ada lampu suluh LED di bagian atasnya tetapi juga alat kejutan elektrik (stun gun) berkuasa 1.000.000 volt yang boleh menyebabkan penjahat itu pengsan.



Share/Bookmark

Google pun tau Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010

Malaysia sudah terkenal diserata dunia. 
Huhu.

Share/Bookmark

Jambatan Terpanjang Didunia

Jambatan Terpanjang Didunia Akhirnya Siap Selepas 4 tahun.
Panjang jambatan ini ialah 38.42km.
China telah mencatat rekod baru!


Share/Bookmark

Pertandingan gambar2 lelaki2 tercool

Wednesday, December 29, 2010

Anda pilih yg mana?
Rasa no. 3 paling cool,
Huhu.

Share/Bookmark

Najib Isytihar Jumaat Cuti Umum Bagi Raikan Kejayaan Skuad Bola Sepak

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Dis 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki rabu malam.


-- BERNAMA --



Share/Bookmark

Penyokong Indonesia duduk di atas palang besi pada bumbung stadium

GAMBAR yang disiar oleh akhbar KOMPAS.com semalam menunjukkan seorang penyokong Indonesia (dalam bulatan) berada di atas palang besi di bumbung Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.


JAKARTA - Seorang penyokong Indonesia duduk di atas palang besi pada bumbung Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini untuk menonton pusingan kedua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Penyokong yang tidak diketahui identitinya itu beraksi seperti adi wira Spiderman apabila dia berjalan dari satu tiang ke tiang lain di atas bumbung stadium itu.

Sekilas pandang, dia dilihat membawa bendera Merah Putih Indonesia yang tertera nombor 4-0 yang bermaksud kemenangan skuad Indonesia.

Ketika perlawanan itu berlangsung semalam, Spiderman tersebut berkali-kali mengibarkan benderanya sebagai sokongan kepada pasukan bola sepak tanah airnya.

Aksi beraninya menarik perhatian orang ramai termasuk kumpulan kakitangan media kerana Spiderman itu duduk dekat ruang wartawan membuat liputan.

Dalam perlawanan akhir pusingan kedua itu, Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia.

Namun, pada pusingan pertama yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu, Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 sekali gus menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali. - Agensi

Share/Bookmark

Lukisan Under The Sea yg Real

Tuesday, December 28, 2010


Share/Bookmark

Ni Bukan Lawak Tp Betul2x

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Share/Bookmark

Fokus semasa memandu


Share/Bookmark

Pakai Seat Belt - Kalau tak nak pupus


Share/Bookmark

JOm Buat Kapal Terbang


Share/Bookmark

Hati pontianak (vampire) di jual kat eBay

Nama vampire Auguste Delagrange. Kene "bunuh" pada 1912 Delagrange menyebabkan kematian lebih 40 orang di US masa tu. Hantu ni di atasi oleh paderi Roman Catholic dan bomoh Voodoo Hougan kununnya. Hasilnye jantung encik puntianak ni di awet kununnya betul2 la benda ni kena bunuh.. dan di simpan dalam kotak 5 inci tinggi dan 8 inci lebar, 11 inci panjang dengan nota di atasnya.

berminat? Beli le di eBay.. warranty setahun hehe





Share/Bookmark

Teknik Ambik Gambar

Sunday, December 26, 2010


Share/Bookmark

Cikgu Berahim dan Man Dol

BAHAGIAN 1



Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba²  memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya  yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


BAHAGIAN 2

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


BAHAGIAN 3

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan kt dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


BAHAGIAN 4

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


BAHAGIAN AKHIR

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Share/Bookmark

Jom guna tangga!


Share/Bookmark

Taman yang cantik

Saturday, December 25, 2010


Share/Bookmark

Sapa mau gunting rambut?


Share/Bookmark

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...